LAUSANNE, Switzerland: Juara dunia, Jerman mengekalkan kedudukan di ranking teratas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam senarai baharu yang dikeluarkan, hari ini.
Turut tidak berubah adalah kedudukan 10 terbaik dunia yang di sebabkan oleh kekurangan aksi antarabangsa, bulan lalu.
Iceland muncul satu-satunya negara yang mendaki ke kelompok 20 teratas iaitu ke kedudukan ke-18 dunia selepas mereka menewaskan Indonesia dalam aksi persahabatan , bulan lalu.
Juara Olimpik, Brazil di tangga kedua dengan juara Eropah, Portugal di tangga ketiga.
Mexico menguasai kedudukan teratas di Amerika Utara dan Tengah di tangga ke-17 manakala Tunisia sebagai negara di benua Afrika terbaik di tangga ke-23 manakala Iran di tangga ke-33 mengetuai senarai Asia.
Tuan rumah Piala Dunia, Russia yang hanya bermain satu aksi persahabatan sejak dua tahun lalu berada di ranking 61 dunia.
Kedudukan 10 terbaik dunia diisi negara dari Eropah dengan tujuh negara manakala Amerika Selatan mempunyai tiga wakil.
______________________________________________________
KEDUDUKAN RANKING FIFA YANG DIKEMASKINI 15 FEBRUARI 2018:
1. Jerman
2. Brazil
3. Portugal
4. Argentina
5. Belgium
6. Sepanyol
7. Poland
8. Switzerland
9. Perancis
10. Chile
sumber : bharian